//Forever With D :)
spirit of the coin. is it true?

Monday, 30 January 2012 @ 02:20 | 0 Comment [s]



heyyhoo :) jd, entry nie tntng 'spirit of the coin'. kamu semua percaya tntng 


hantu-hantu nie? hmm, kalau sy laa kann. hmm. 50-50 blh eh? sy mcm percaya 


tp mcm teda lg laa pula :p wuahaha. ok, sy nak kongsikan cerita tntng spirit of 


the coin nie :p masa sy darjah5 duluu. ada pelajar lelaki. kira 5-6 org bgitu 


laa. dorg main spirit-spirit nie dii sekolah. main-main punya, 2 org darii mereka 


kena histeria. hmm, itulaa jd nya. tp, kamu org prnah npk lelaki kena histeria 


tak? :D bkn histeria tp mcm dirasuk bgitu. dorg nak lompat bgunan ok? :O ada 


yg nak cekik guru lg. aish. true story ok-.- hehehe. tp, nasib baik laa ada uncle 


security tolong murid tuu. psst! security kamii tuu, blh d'kira bekas bomoh laa 


eh. hehehe. ok, ituu dorg. ini KAMI pula. hahaa! ohhyes, sy pernah main benda 


nie. 1 kalie jaa laa :p eh, 2 kalie laa. tp yg pertama tuu tidak mnjadi. cikgu 


masuk kelas laa-.- ekeke. masa nie, sy masii darjah6. kedua kalie kamii main 


benda tuu, mang terjadi ok. ekk! seram. tp lepas tuu, kamii 5 org sekawan 


b'janji takkan main lg benda tuu. tak tw laa ngan kawan-kawan yg lain, yg daa 


pindah daerah. tp, sy dgn kawan sy lg satu. tak main lg :) ok! ini pula kisah 


tntng org lain. tak kenal pula sy dgn org nie. ekekeke. baca eh :3




kisah the spirit of the coins

aku mula kenal dengan permainan ini masa aku tingkatan satu. biasalah budak kampung dan sekolah dikampung. manalah ada PS2 atau cyber pets. masa lepas peperiksaan hujung tahun, kami masih perlu hadir ke sekolah. bukan untuk belajar, tapi untuk menghabiskan masa sesi persekolahan ditetapkan. 

kerana selalu kebosanan didalam kelas akibat cikgu2 yg sering ponteng atau bermesyuarat (konon??) beberapa kawan2 aku mula mengeluarkan catur, dam aji, dam ular, dan ada juga mengeluarkan nasi lemak (ini kes lupa nak bawak masa rehat tadi). tiba2..... aku tengok beberapa kawan perempuan cina tengah syiok mengerumuni meja. aku tugaskan sorang kawan pergi sbg 'spy'. cilanat punya spy, dia sangkut kat situ. dengan marah, aku pergi sendiri,dan akupun sangkut jugak. mereka menggunakan kertas kadbod yg ditulis beberapa abjad dan nombor spt huruf A sampai Z, nombor 0 hingga 9. kotak home, yes dan no. dua org diperlukan untuk bermain dengan kedua2 pemain memegang syiling di kotak home menggunakan jari telunjuk. 

cis! cilaka betul, bulu roma aku dah tegak ni. untuk elak dari malu, aku teruskan cerita. 

pompuan cina tu offer aku bermain dengan dia. err... maksud aku main spirit of the coins (TSOTC). aku setuju, dan permainan bermula. dia yg ajar aku serapah TSOTC yg aku tak nak ceritakan disini. simple gile mantra dia. aku yg mula2 gelakkan mereka ingat diorang main2 dan gerakkan duit syilling tu mula kaget bila aku sendiri yg bermain. jalan betullah! aku jadi takut dan nak angkat jari telunjuk aku dari game, amoi tu marah dan suruh aku tunggu hingga dia hantar 'spirit' ke dalam home baru buleh angkat jari. katanya lagi "isman, kalau awak angkat awak punye jari, nanti itu spirit kasi ikut sama awak". aku menarik diri dari game. tapi kawan2 aku yg lain pula mencuba, si amoi enggan pada mulanya, tapi mereka ugut beritahu cikgu, dan amoi tu pasrah (issh.3x, macam intro cerita lucah pulak).

sejak tarikh itu, aku dah kawan2 sudah tak berani menoleh kebelakang lagi. kami takut keciciran. jadi kami bermain games itu setiap hari bila cikgu tak masuk kelas. syiok oo..... 

sekian. TAMAT.

APA! crita tak menakutkan? itu baru intro lah. ini kisah sebenarnya. 



kisah spirit of the coins episod one
setelah lama dilupakan pasal spirit of the games, tingkatan 4 aku dan geng masuk sekolah berasrama yg tidak penuh. sekolah asrama penuh kami tak diterima kerana sudah penuh, walaupun pencapaian akademik dan ko-k kami adalah agak bagus. 

di asrama sapa pernah duduk sana tau lah betapa boringnya. tivi tengok sabtu dan ahad je. makan ikan jaket masak kicap, ikan kembung goreng tu je lah... siang2 bolehlah tenet, malam2 tak kan asyik nak membaca je kan; "tak rocklah hidup" kata budak penagih dadah kampung aku yg hidupnya keluar masuk pusat serenti. 

kawan2 aku yg studi di bilik sama mencadangkan main games tu. aku dan geng mula membuat papan games (rujuk crita diatas kalau konfius). kami syaratkan setiap kali games mesti ada at least 4 orang. 2 pemain, satu org yg tukang tanya, dan satu pencatat apa kami tanya dan jawapan ke dalam buku nota. begitulah seriusnya kami dalam belajar benda tak berfaedah ini. 

mula2 ramai yg takut2, tapi lama kelamaan kami semakin berpengaruh. disana sini orang main menda alah ni dan di asrama puteri juga lagi hebat. games tu bukan kami je tau, ramai sebenarnya tau, cuma kat asrama putera tu kami lah dalangnya. beratus2 kali kami memainkannya, dan kami tak kenal tempat. cuma kat surau dan bilik warden je kami tak berani, takut spirit tu tak datang, yg datang cuma warden dan ustaz yg datang spirit. mampos kami nanti. kalau tertangkap, cuci tandas le. tiap2 minggu geng aku je cuci tandas, mana larat beb! 

suatu hari, kawan aku yg ada duit syiling lama queen elizabeth yg dicuri dari koleksi ayah dia mencadangkan kami bermain sedikit hardcore. kami pilih 2 pemain handalan, pencatat dan tukang soal. tukang soal tu aku lah, sebab aku jenis mulut tak reti diam. kami cadang main hari khamis malam jumaat, selepas jam 12 tengah malam. 

tarikh yg dijanjikan, semua telah sedia. kami pun bermain. suwey!setelah diseru2 mantra, sekor spirit pun tak datang. masing2 keberangan. ingat nak batalkan mission, tapi si kawan pemain tu beritahu.... 

kawan A : err... aku rasa aku tau sebab apa spirit tak datang?
kawan B : apasal?
kawan A : aku ada air sembahyang. 
kawan B : patutlah (kami semua marahkan kawan A, sambil menepuk manja kepalanya). apa patut aku buat?
kawan C : bodohnya kau. batalkanlah!
kawan A : dah batal (sambil menggorek hidung)
kawan C : pengotornya kau. korek idung tu batalkan puasa la. 
kawan A : ok aku dah tau (sambil memasukkan tangan ke dalam seluar dia. FULL STOP)

permainan bermula. dalam games itu ada 2 peristiwa yg aku ingat sampai kini. akibat tiada feel akibat kehadiran spirit2 yg biasa2, kami menjadi extreem, dan mula mencucuk jari hingga berdarah dan terus bermain. PERG! kejadian selepas tu adalah dahsyat. kalau korang nak mati cepat, korang cubalah. 

crita dalam crita 1 :
dalam games tersebut tiba2 ada sekor spirit ganas datang kerana diseru. kami bermain dengan seronok sebab dia ramah. jam menjangkau 2 pagi tapi setan tu tak mau balik. kami sepakat memaksa dia balik dengan menolak coins ke kotak home, tapi gagal. macam2 arahan dibuat oleh setan gondol tu termasuk memadamkan lampu, dan menyuruh salah seorang dari kawan kami tanggalkan seluar (bukan aku la..). dasar syaitan, memang penipu. dia enggan keluar. setan gondol tu menugut akan merasuk kami jika angkat jari. sebab dah ketakutan, kami sepakat membaca ayat kursi beramai2. boleh dilihat coins itu berpusing2 sambil kawan2 aku yg bermain enggan melepaskan jari dari coins takut dirasuk. akhirnya, coins terpelanting ke lantai. dan kami berlari ke bilik aku. 

kami ketakutan, nasib baik tak ada yg terkencing dalam seluar. kami dari dorm yg berlainan, tapi malam itu kami sepakat pergi ke bilik air ramai2 ambik air sembahyang. kami tidur dilantai dorm berjemaah. surah yassin kecik kami letakkan dibawah bantal masing2 dan ada juga yg telak didalam baju. semua tak berani tidur sampai subuh. 

cerita dalam cerita 2
dicatatkan bahawa seekor spirit melayu datang dan menceritakan dia terbunuh semasa dalam perjalanan balik sekolah. dia kata dia dilanggar oleh kereta yg dia nyatakan nombor plat kereta dengan jelas. dia ceritakan dia sekolah dimana, darjah berapa, dan beberapa orang kawan karib dia. dia meminta kami melaporkan kepada polis. sebab ia cuma spirit of the games, kami abaikan. 

setelah ketakutan agak kendur, kami teringat bahawa ada sorang kwan kami yg tidak turut bermain pada malam itu berasal dari sekolah yg disebutkan. kami bertanya kepada dia berkaitan spirit tersebut, dan dia mengenalinya dengan rapat. semua jawapan diberi oleh spirit sama dengan jawapan kawan kami tadi. kisahnya sama; dia balik dari sekolah selepas aktiviti ko-k. singgah sekejab dirumah kawan tadi dan balik ke rumah dalam suasana agak gelap dengan motor. dipercayai langgar lari, mayatnya dijumpai keesokkan harinya.

sekali lagi kami ketakutan, dan ada yg demam. kami sepakat membakar buku nota tersebut dan kertas games spirit of the coins. cukuplah setakat itu dugaan dan ketakutan yg kami alami. kami sepakat berhenti bermain permainan syaitan itu. dan kami berjaya. setelah beberapa minggu berselang, kami bermain pula di kawasan hospital, tidak jauh dari bilik mayat. 


creepy huh? hahaha! naik bulu roma sy tym baca nie. eee. cerita ini darii, 
izman. izman apa, sy tak tahu. hahaha :D ok, sampaii cnie seja laa entry sy 
harii ini. percaya atw tak tntng spirit of the coin nie, terserah. sy pun tak 
berapa percaya gak. :D ok, bye kamuu. 





















Older Post | Newer Post
The Disclaimer

i dont have anything to say :D


Navigations!

Diary About Site

Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : celinedex

Best View at GOOGLE CHROME!